Pesawat S'pura Pada Jarak 'Beberapa Minit' Dari Ruang Udara MH17 Ditembak Jatuh

Diterbitkan: Isnin, 4 Ogos 2014 8:06 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Kerajaan Singapura pada Isnin mengesahkan bahawa pesawat Singapore Airlines (SIA) baharu sahaja beberapa minit melepasi ruang udara di mana penerbangan MH17 ditembak jatuh di ruang udara timur Ukraine.

Menteri Pengangkutan Lui Tuck Yew memberitahu parlimen bahawa Penerbangan SQ351, yang menuju ke Singapura dari Copenhagen, hanya berada pada jarak 90km atau beberapa minit dari pesawat Malaysia Airlines, penerbangan MH17.

Semua 298 orang di atas kapal penerbangan Malaysia Airlines MH17 terbunuh apabila ia telah ditembak jatuh di wilayah pemberontak pada 17 Julai.

"Pada masa MH17 terhempas, penerbangan SQ351 dari Copenhagen dianggarkan berada pada jarak kira-kira 90km," kata Lui, menjawab soalan-soalan daripada ahli parlimen.

"Oleh kerana tidak ada sekatan bagi penerbangan di atas 32,000 kaki (9,800m) atau apa-apa maklumat yang menunjukkan ancaman kepada pesawat pada ketinggian itu, SIA, seperti kebanyakan syarikat penerbangan lain yang berulang-alik antara Eropah dan Asia, terus menggunakan ruang udara itu.

"Sebaik sahaja SIA menerima berita kejadian itu, mereka dengan serta-merta mengubah semula semua laluan penerbangan mereka untuk mengelakkan sepenuhnya daripada melalui ruang udara Ukraine," katanya. 

Beberapa jam selepas nahas, Agensi Pengesan pesawat, Flight Radar 24 mencatatkan imej pada Twitter yang menunjukkan posisi terakhir pesawat adalah di antara SQ351 dan Penerbangan Air India AI113, Boeing 787 Dreamliner yang dalam perjalanan dari New Delhi ke Birmingham.

Amerika Syarikat menuduh pemberontak menembak jatuh MH17 dengan peluru berpandu permukaan yang mungkin dibekalkan oleh Rusia, manakala Moscow dan pemberontak menyalahkan tentera Ukraine.

Lui mempertahankan SIA kerana masih menggunakan laluan penerbangan itu walaupun beberapa pesawat tentera Ukraine telah ditembak di kawasan itu oleh pemberontak, beberapa minggu sebelum tragedi MH17.
Tags / Kata Kunci: SIA , MH17

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan