PM Sedih Ratusan Nyawa Terkorban Dalam Gempa Yunnan

Diterbitkan: Isnin, 4 Ogos 2014 10:48 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin berkata beliau sedih dengan kehilangan ratusan nyawa akibat gempa bumi di Yunnan, China Ahad.

"Rakyat Malaysia turut berkongsi kesedihan mangsa gempa," kata Najib dalam catatan terbaru Twitter beliau.

Sekurang-kurangnya 380 orang terbunuh dalam gempa bumi berukuran 6.3 skala Richter yang melanda wilayah Yunnan yang bergunung-ganang itu di China.

Gempa bumi itu, yang berlaku di pedalaman Yunnan, menyebabkan beribu-ribu bangunan termasuk sekolah ranap.
Tags / Kata Kunci: Yunnan , gempa bumi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan