Naib Presiden PCM Bayar Ikat Jamin Pemandu Mendiang Karpal Singh

Diterbitkan: Isnin, 4 Ogos 2014 11:46 AM

Huan Cheng Guan

Huan Cheng Guan.

(Ubah saiz teks)

KAMPAR: Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan mengikat jamin pemandu mendiang Karpal Singh, C. Selvam sebanyak RM5,000.

Selvam dipenjarakan di Taiping sejak 9 Julai lalu, selepas dia didakwa memandu cuai yang menyebabkan kematian bekas Pengerusi DAP Kebangsaan itu dan pembantu peribadinya Michael Cornelius pada 17 April.

Huan hadir bagi mengikat jamin pada pukul 9.30 pagi Isnin di Mahkamah Majistret Kampar selepas menyediakan draf bank dari bank berdekatan.

"Selvam dijangka dibebaskan dengan ikat jamin dari penjara esok (Selasa) sebelum dibawa ke mahkamah Majistret di sini," Huan kepada pemberita.

"Dia perlu hadir ke mahkamah pada hari Rabu untuk sebutan, dan sehingga itu, saya akan tinggal di Kampar menemaninya sehingga dia mendapatkan seorang peguam." 

Ditanya mengapa beliau membayar ikat jamin itu, Huan berkata, beliau melakukannya atas dasar kemanusiaan.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan