P.Pinang Tak Mungkin Ada Isu 'Ciplak Proposal'

Diterbitkan: Isnin, 4 Ogos 2014 6:06 PM

Lim Guan Eng

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pulau Pinang tidak mungkin ada isu 'menciplak proposal' kerana negeri ini mempunyai sistem tender terbuka, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng. 

"Macam mana boleh curi idea orang lain dan menipu?...Ini tak mungkin berlaku (di Pulau Pinang) kerana kami ada sistem terbuka. Itulah perbezaannya...," katanya pada sidang akhbar, di sini Isnin. 

Lim mengulas kenyataan Datuk Musa Sheikh Fadzir, setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri, yang meminta kerajaan bertindak tegas terhadap pihak yang terlibat dalam perbuatan 'menciplak proposal' yang beliau (Musa) dakwa berlaku dengan berleluasa di beberapa kementerian. 

Musa berkata perbuatan itu boleh menyebabkan kerajaan menanggung kerugian ratusan juta ringgit setiap tahun. 

Justeru, Lim mencadangkan kerajaan persekutuan mengamalkan sistem tender terbuka untuk bidaan projek kerajaan bagi membanteras perbuatan seumpama itu. 

Lim berkata jika Musa mempunyai maklumat mengenai perbuatan sedemikian, Musa hendaklah mengemukakannya untuk siasatan, agar tindakan tegas dapat diambil.
Tags / Kata Kunci: ciplak proposal , Lim Guan Eng

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan