MH17: AIA Insurance Mansuh Sekatan, Buat Pembayaran Ex-Gratia

Diterbitkan: Isnin, 4 Ogos 2014 11:26 PM

Bill Lisle

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: AIA Berhad, syarikat insurans terkemuka di Malaysia menyatakan ia akan membuat bayaran ex-gratia kepada waris penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang menjadi pelanggan syarikat itu, dengan mengecualikan sekatan khas.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Bill Lisle berkata syarikat itu atas dasar prihatin telah memutuskan untuk memansuhkan semua sekatan khas atau pengecualian bagi kematian akibat keganasan, perang atau situasi seperti perang dalam polisinya kerana ia tahu tuntutan itu adalah tulen.

"Selepas tragedi menimpa MH17, kami bersedia untuk menghulurkan sebarang bantuan kepada keluarga mereka dalam pesawat malang itu," katanya dalam kenyataan.

Lisle berkata pemegang polisi kemalangan peribadi yang terbabit juga akan dibayar.

AIA, katanya telah menghubungi anggota keluarga untuk menawarkan bantuan serta menghantar cek tuntutan dan mengumpulkan butiran penerima yang diperlukan sejak dua minggu lepas.

Anggota keluarga boleh menghubungi AIA di talian 1300-88-8860/70, 24 jam sehari atau melalui e-mel.

Tags / Kata Kunci: Bill Lisle , Mh17 , AIA Berhad

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan