Melaka Arah Jabatan Kerajaan & PBT Guna Tulisan Rumi-Jawi Pada Papan Tanda - Berita Semasa | mStar

Melaka Arah Jabatan Kerajaan & PBT Guna Tulisan Rumi-Jawi Pada Papan Tanda

Diterbitkan: Isnin, 4 Ogos 2014 4:43 PM

Datuk Ismail Othman

(Ubah saiz teks)

ALOR GAJAH: Semua jabatan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Melaka akan diarah menggunakan tulisan rumi dan jawi pada setiap papan tanda di bangunan masing-masing menjelang akhir tahun ini. 

Anggota Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Ismail Othman berkata usaha itu bertujuan memartabatkan penggunaan kedua-dua tulisan tersebut selain sebagai tatapan berguna untuk generasi muda. 

"Buat masa ini penggunaan papan tanda dwi-tulisan ini dilihat hanya digunakan di bangunan atau kawasan tertentu seperti di sekolah agama dan masjid.

"Jadi buat permulaan ia akan dilaksanakan di peringkat jabatan kerajaan dan PBT dahulu sebelum diperluaskan kepada agensi dan syarikat swasta serta papan tanda di jalanan secara berperingkat," katanya kepada pemberita di sini, Isnin. 

Beliau berkata semua kos untuk menukar papan tanda tersebut perlu ditanggung jabatan kerajaan dan PBT masing-masing. 
 
Ismail berkata pada masa sama PBT di negeri itu akan memantau penggunaan bahasa Melayu yang betul pada semua papan iklan dari aspek tatabahasa dan ejaan.

"Kita tidak mahu papan iklan di negeri ini menggunakan bahasa yang bercampur aduk antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris," katanya. 

Sementara itu, Ismail berkata kerajaan negeri akan memastikan semua kedai kopi di Melaka tidak menggunakan papan tanda yang mempunyai logo minuman keras atau menjual minuman keras. 

Beliau berkata kedai serbaneka 7-Eleven di kawasan majoriti penduduk Islam di negeri ini seperti di kawasan Masjid Tanah juga tidak dibenarkan menjual minuman keras. 

Mengulas mengenai isu judi haram di negeri ini, Ismail berkata di sekitar daerah Melaka Tengah saja, terdapat lebih 30 premis judi haram dikesan beroperasi. 

"Kita akan kaji undang-undang yang terlibat bagi menghapuskan terus aktiviti perjudian ini dan memotong utiliti ke premis dan sebagainya," katanya. 

Tags / Kata Kunci: papan tanda jawi , Melaka
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan