Marina Mahathir: Rakyat Perlu Prihatin Penindasan Tanpa Kira Agama, Negara

Diterbitkan: Isnin, 4 Ogos 2014 9:01 AM

Marina Mahathir.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia perlu prihatin terhadap keganasan dan penindasan masyarakat dunia tanpa mengira agama, bangsa dan negara. 

Aktivis sosial Datin Paduka Marina Tun Dr Mahathir berkata keprihatinan terhadap penindasan yang berlaku misalnya di Palestin, Syria dan Sri Lanka perlu wujud berdasarkan hak asasi serta kemanusiaan dan bukannya berdasarkan agama atau bangsa. 

"Dari dulu lagi saya menyokong mereka yang ditindas tanpa mengira agama apa dari segi hak asasi manusia. Kebanyakan masyarakat dunia, tidak kira Islam, Kristian atau Yahudi turut menyokong Palestin.

"Tetapi di Malaysia kita suka cakap yang ini untuk orang Islam sahaja, yang ini bukan Islam...perbuatan ini salah sebenarnya dan tidak patut berlaku," kata Marina kepada pemberita selepas merasmikan kempen '7 billion acts of goodness', bahagian Malaysia, di sini, Ahad. 

Beliau berkata walaupun apa yang sedang berlaku di Gaza sekarang ini sangat menyedihkan, penindasan yang berlaku di negara-negara lain juga tidak patut dilupakan kerana setiap manusia merupakan ciptaan Tuhan yang sama penting.

Apabila diminta mengulas mengenai insiden pembakaran bendera Israel di sebuah perkahwinan, beliau berkata perkara tersebut tidak patut berlaku di majlis pernikahan.

"Pernikahan merupakan satu acara yang baik...tidak patut dikaitkan dengan keganasan dan sebagainya, kita harus asingkan benda ini. Mereka sepatutnya berdoa untuk keselamatan semua orang yang menghadapi masalah ini," katanya.

Marina turut menggesa pengguna media sosial memahami sesuatu isu dengan mendalam sebelum melontarkan komen dan pandangan mereka yang mungkin menyakiti atau mengguris emosi orang lain.

Sementara itu, Presiden Brahma Kumaris Malaysia (BKM) R. Lechumanan berkata pelancaran kempen ini di Malaysia dibuat pada masa yang tepat memandangkan masyarakat dunia sedang ditimpa kesedihan, pergolakan, konflik, perang saudara dan penindasan agama.

"Projek ini bertujuan memberi inspirasi, penerangan dan memperkasakan setiap orang untuk turut sama melakukan kebaikan. Disertai sokongan positif semua pihak dan daripada negara lain, diharapkan matlamat '7 billion acts of goodness' bagi diri sendiri, orang lain dan alam semula jadi dapat dicapai," katanya.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan