Ebola: Jabatan Imigresen Sekat Kemasukan Jika Ada Simptom

Diterbitkan: Isnin, 4 Ogos 2014 2:30 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen akan mengadakan sekatan di pintu-pintu masuk ke negara ini bagi mengesan mereka yang mempunyai tanda-tanda Penyakit Virus Ebola (EVD) untuk dikategorikan sebagai imigran larangan.

Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pasport Jabatan Imigresen, Ibrahim Abdullah berkata, mengikut Seksyen 8(3) Akta Imigresen, mana-mana individu mengalami penyakit berjangkit yang menjadikan kehadirannya di Malaysia berbahaya kepada masyarakat akan dikategorikan sebagai imigran larangan.

Sehubungan itu beliau menasihatkan mereka yang disyaki mempunyai tanda-tanda penyakit itu terutama dari negara-negara Afrika Barat agar tidak memasuki negara ini.

“Kita akan menyekat kemasukan penumpang yang disyaki mempunyai tanda-tanda penyakit Ebola selepas mereka melalui saringan awal oleh pegawai kesihatan.

“Pada masa sama, kita akan membuat pemeriksaan mengenai butiran perjalanan mana-mana penumpang terutama dari negara-negara Afrika Barat sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Menurut Ibrahim, sekatan itu bukan kali pertama  diadakan di pintu masuk antarabangsa kerana pernah dilaksanakan berikutan wabak selesema burung beberapa tahun sebelum ini.

Sementara itu, Pegawai Kesihatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Dr Alias Abdul Aziz memberitahu mStar Online,  pihaknya telah menjalankan saringan kesihatan di pintu masuk antarabangsa lapangan terbang itu.

“Kita membuat saringan menerusi mesin pengimbas suhu setiap individu. Jika mereka dikesan mengalami suhu melebihi 37.5 darjah celsius, kita akan menahan untuk pemeriksaan di pusat kuarantin kesihatan KLIA.

“Kita hanya kuarantinkan mereka yang mempunyai suhu tinggi. Seterusnya bahagian Imigresen akan membuat pemeriksaan terhadap penumpang-penumpang terutama dari negara-negara di Afrika Barat,” katanya.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam pada Ahad berkata, setakat ini tiada laporan mengenai penularan Penyakit Virus Ebola (EVD) di negara ini dan pemantauan mengenainya sedang dijalankan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa wabak Ebola di Guinea, Sierra Leone dan Liberia telah merebak lebih cepat daripada usaha untuk mengawalnya. 

Sehingga kini, terdapat 1,201 kes disahkan di negara-negara berkenaan. Lebih 800 orang meninggal dunia akibat penyakit itu sejak Februari lalu.

Tags / Kata Kunci: Ibrahim Abdullah , EVD , Ebola , Jabatan Imigresen , KLIA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan