Dakwaan PKR Tidak Benar, Berniat Jahat, Keterlaluan - Khalid

Diterbitkan: Isnin, 4 Ogos 2014 4:30 PM

Abdul Khalid Ibrahim

Abdul Khalid Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Isnin menyifatkan dakwaan Parti Keadilan Rakyat terhadap integriti beliau sebagai tidak benar, berniat jahat dan keterlaluan.

"Saya memandang serius tuduhan salah laku ini dan menafikannya kerana tidak benar sama sekali," katanya menerusi satu kenyataan media pada petang Isnin.

Khalid berkata demikian bagi mengulas kenyataan PKR yang akan mengedarkan nota penjelasan mengandungi masalah integriti beliau kepada pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat sebagai alasan menggantikan kedudukannya dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar yang baharu.

Penjelasan dipercayai sepanjang lebih 50 muka surat yang ditulis oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail akan diedarkan kepada pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat esok (Selasa).

Antara alasan yang terkandung dalam penjelasan itu membabitkan kes hutang Khalid sebanyak AS$18 juta (RM66.67 juta) dengan Bank Islam Malaysia untuk membeli saham syarikat ketika beliau menerajui Kumpulan Guthrie Berhad.

Selain itu, turut disenaraikan adalah penjualan tanah milik kerajaan negeri Selangor oleh Khalid kepada Eco World dengan harga lebih murah dari nilai pasaran.

Jelas Khalid, sekiranya dakwaan itu benar, Saifuddin dan PKR sepatutnya mengemukakan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara dengan segera.

Malah, Khalid turut meminta Saifuddin untuk mendedahkan semua bukti bagi mengukuhkan segala dakwaan salah laku tersebut.

"Jika mereka gagal berbuat demikian, tindakan itu hanya akan mengundang kontroversi. Malah ia dilihat sebagai bermotifkan politik dan berniat jahat," katanya.

Pada masa sama, Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang turut menyatakan kesediaan untuk memberikan kerjasama sekiranya beliau disiasat.

"Saya berjanji akan memberikan segala komitmen untuk bekerjasama dalam apa jua siasatan terhadap saya.

"Saya ingin mengingatkan rakan-rakan supaya berhati-hati dalam membuat tuduhan kerana saya berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan fitnah yang dilemparkan," katanya.

Pada masa sama, Khalid berjanji akan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat Selangor selain mentadbir negeri itu secara telus dan bertanggungjawab.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan