Penduduk Kampung Diancam Serangan Gajah Liar

Diterbitkan: Ahad, 3 Ogos 2014 11:43 PM

Gambar gajah yang merosakkan tanam penduduk di Kampung Lukut di sini berjaya dirakam oleh Roslan Dahlan Jumaat lalu.

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Penduduk Kampung Lukut dekat sini hidup dalam ketakutan selepas dua ekor gajah liar dewasa berkeliaran di persekitaran kampung mereka sejak dua hari lepas dan memusnahkan tanaman kelapa sawit dan pokok pisang.

Jumaat lepas gajah berkenaan memusnahkan pokok kelapa sawit dan pisang yang ditanam berhampiran kampung dan merosakkan bangsal berhampiran sebuah rumah penduduk.

Seorang penduduk, Roslan Dahlan berkata pokok sawitnya yang berusia empat bulan dan dua tahun di kawasan seluas 2.43 hektar dipercayai dimusnahkan oleh haiwan itu dua malam berturut-turut.

Roslan, 49, berkata kehadiran dua ekor gajah itu menyebabkan penduduk berasa tidak bebas untuk berjalan terutamanya pada waktu malam kerana takut diserang gajah.

Sementara itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Bandar Penawar mengesahkan menerima laporan Roslan hari ini dan tindakan susulan akan dibuat.
Tags / Kata Kunci: gajah liar

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan