Puteri Sasar 800,000 Anggota Menjelang 2018

Diterbitkan: Ahad, 3 Ogos 2014 6:08 PM

Mas Ermieyati

(Ubah saiz teks)

ALOR GAJAH: Pergerakan Puteri Umno menyasarkan untuk meningkatkan keanggotaan pergerakan itu kepada lebih 800,000 orang sehingga tahun 2018 berbanding 390,000 setakat ini.

Ketuanya Mas Ermieyati Samsudin berkata sasaran itu boleh dicapai dengan pelbagai usaha yang dijalankan pergerakan itu sepanjang penggal beliau menerajui pergerakan itu. 

"Baru-baru ini kita telah melancarkan aplikasi telefon pintar 'PUTERI' bagi memudahkan penyaluran pelbagai maklumat kepada wanita muda dan kita menerima lebih 200 permohonan untuk menganggotai Biro Sahabat Puteri menerusi aplikasi tersebut," katanya ketika ditemui pemberita di sini Ahad.

Beliau juga berkata Puteri telah menubuhkan Biro Sahabat Puteri akhir tahun lepas bagi menarik sokongan golongan muda kepada Umno tanpa mengira jantina dan kaum.

Katanya dalam tempoh dua bulan ini, pergerakan itu berjaya mendapatkan 20,000 anggota.

Dalam perkembangan lain, Mas Ermieyati berkata pergerakan itu akan meneruskan program Kembara I.L.M.U (Inspirasi. Latihan. Motivasi. Unggul) anjuran Biro Pendidikan pergerakan itu di seluruh negara.

Beliau berkata program itu bertujuan memberi pengisian slot motivasi, kerjaya dan latih tubi kepada pelajar Tingkatan Lima dan Enam sebagai persediaan menghadapi cabaran negara pada masa depan.

"Program ini adalah salah satu inisiatif kita untuk membantu pelajar dalam pelajaran dengan cara latih tubi dan kita akan mengikuti perkembangan pelajar dari semasa ke semasa dari segi peringkat latihan dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata menerusi program yang diadakan di Negeri Sembilan pada Jun lepas, pergerakan itu berjaya menarik kira-kira 600 hingga 700 murid menyertai program itu.

Katanya program itu memberi manfaat yang amat besar kepada murid dan mereka perlu mengambil peluang yang disediakan itu.
Tags / Kata Kunci: Puteri Umno , Mas Ermieyati

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan