MH17: Pemilihan Negara Perbicaraan Perlu Adil Kepada Semua Mangsa

Diterbitkan: Ahad, 3 Ogos 2014 3:09 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Pemilihan negara yang akan mengendalikan proses perbicaraan dalang nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai lepas perlu dipertimbangkan sebaik mungkin bagi memberi faedah kepada semua mangsa dari negara terlibat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri turut menjelaskan Malaysia dan Ukraine bukan anggota Mahkamah Jenayah Anrabangsa (ICC), berbanding Belanda yang merupakan anggota ICC.

"Negara perbicaraan masih belum ditentukan lagi, masih bergantung kepada keputusan siasatan lagi. Jika keputusan siasatan mendapati lebih baik dilakukan (perbicaraan) di Malaysia, dalang akan didakwa di negara ini.

"Kalau keputusan siasatan mendapati lebih baik didakwa di negara lain terutama Belanda, jadi kita serahkan kepada Belanda, yang penting keputusan memilih negara perbicaraan akan memberi faedah semua mangsa nahas tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di Pustaka Negeri Sarawak, Petra Jaya pada Ahad.

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 5,000 orang itu, Nancy turut menyaksikan Amanah Raya Berhad turut menyumbangkan sebuah van jenazah kepada Masjid Daerah Simunjan dan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Simunjan.

Mengulas lanjut, Nancy bagaimanapun berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail yang kini mewakili Malaysia dalam jawatankuasa menyiasat nahas MH17 itu tetap mengkaji pilihan terbaik sama ada mengambil tindakan membicarakan dalang di dalam atau luar negara.

"Walaupun Malaysia bukan anggota ICC, tindakan terhadap dalang masih boleh dilakukan di negara ini. Kita ada peruntukan tertentu antaranya di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA)," katanya.


Tags / Kata Kunci: MH17 , MAS

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan