Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama Orang Ramai Pulang Beraya Dari Kampung

Diterbitkan: Ahad, 3 Ogos 2014 6:30 PM

-Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Trafik perlahan di lebuh raya utama di seluruh negara apabila orang ramai membuat perjalanan pulang selepas cuti Hari Raya.

Menurut akaun Twitter rasmi PLUS, trafik perlahan dari Gopeng ke Tapah arah selatan, dari Seremban menuju ke Nilai (utara) dan dari terowong di lebuh raya Utara-Selatan menuju ke Ipoh (selatan).

Kemalangan di KM451.9 dari Rawang ke Hospital Sungai Buloh juga telah menyebabkan masalah trafik.

Untuk mengelakkan kesesakan dari Seremban, Star Radio Traffic menasihatkan pengguna menggunakan laluan E21 atau Lekas ​​sebagai laluan alternatif.

Di laman Twitternya, dilaporkan kesesakan trafik dari Sungkai, Tanjung Malim, Rawang dan Sungai Buloh menuju ke Kuala Lumpur.

Trafik juga perlahan dari Changkat Jering ke arah selatan ke Kuala Kangsar dan dari Raub ke arah pekan Bentong.

Di lebuh raya Karak, kenderaan bergerak perlahan sepanjang 3km menghampiri tol Gombak, menuju ke Kuala Lumpur.

Di Tambak Johor, semua lorong menuju ke Singapura adalah sibuk.

Kemalangan di KM177 dari Tangkak ke Jasin juga telah dilaporkan, menyebabkan kenderaan bergerak perlahan.

Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat trafik dengan menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 / www.twitter.com / plustrafik atau Lembaga Lebuhraya Malaysia di 1800-88-7752 dan www.twitter.com/llminfotrafik.
Tags / Kata Kunci: trafik , PLUS , LLM

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan