Pemilik Restoran Siap Sedia Hadapi Krisis Air

Diterbitkan: Ahad, 3 Ogos 2014 3:12 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemilik restoran di sekitar Lembah Klang kini bersiap sedia menghadapi musim kemarau ekoran fenomen El Nino yang dijangka melanda negara dalam masa terdekat.

Tinjauan di beberapa lokasi di sekitar ibu negara mendapati kebanyakan pemilik restoran telah melengkapkan restoran mereka dengan beberapa tangki simpanan dan tong air.

Bagi Pengarah Urusan Chinese Muslim Food Paradise Mohd Ma Xu, beliau menambah beberapa tangki simpanan air di restorannya selepas serik dengan kekurangan bekalan yang berlaku ketika pelan catuan diumumkan kerajaan negeri Selangor awal tahun ini.

"Ia sebagai persiapan menghadapi El Nino, namun saya menjangkakan operasi restoran akan berjalan seperti sediakala walaupun mungkin mengalami gangguan bekalan.

"Lagi pun Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd) memberi notis awal sebelum melakukan catuan air di kawasan ini," katanya.

Pengurus Pemasaran dan Jualan Istana Bambu Restoran, Zeeta Mohamad Yunus berkata pihaknya yang turut bersiap sedia, melihat masalah tersebut akan memberi rezeki bertambah kepada pemilik restoran kerana banyak pelanggan dijangka datang berikutan tidak mahu memasak di rumah.

"Selalunya apabila berlaku krisis bekalan air, orang ramai malas memasak kerana nak jimatkan air, sukar untuk membasuh pinggan mangkuk. Oleh itu mereka memilih untuk makan di kedai.

"Bagi kami pengusaha restoran, krisis bekalan air tidak menjadi masalah utama memandangkan persediaan telah dibuat lebih awal dengan menyediakan lebih banyak tangki mengikut jadual pelan catuan yang dikeluarkan Syabas," katanya.

Namun pemilik BBQ Land and Steamboat Buffet Kuang, Azri Zainal Abidin berkata restorannya kerugian hampir RM2,000 sehari ketika krisis bekalan awal tahun ini kerana tidak melakukan persediaan awal bagi menghadapi catuan.

"Ketika catuan lepas, bekalan air di restoran saya hanya mampu bertahan selama dua hari berikutan kekurangan tempat simpanan air dan menyebabkan saya kerugian hampir RM2,000 setiap hari kerana terpaksa menutup operasi," katanya.

Beliau berkata pada masa itu, beliau hanya menggunakan tiga tong air yang boleh menyimpan kira-kira 1,200 liter air yang mampu bertahan selama dua hari.

"Masuk hari ketiga atau keempat dan catuan masih berjalan, saya terpaksa tutup kedai," katanya yang kini lebih bersedia.

Azri berkata jika catuan dibuat, diharap Syabas lebih bersistematik dalam agihan serta mengikut jadual yang ditetapkan.

"Ini kerana ada hari yang Syabas cakap bekalan telah disambung, namun apabila pili dibuka, air tiada ataupun airnya sangat kotor sehingga tidak boleh digunakan.

"Saya berharap perkara sama tidak akan berulang kerana ia hanya akan menyusahkan pemilik restoran seperti saya," katanya.

Azri berharap Perjanjian Dasar Induk berhubung penstrukturan semula industri bekalan air antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Selangor yang ditandatangani Jumaat lalu akan berjalan lancar.

Beliau juga menyambut baik kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa kerajaan negeri tidak akan melaksanakan catuan air dalam masa terdekat walaupun menyedari paras air di empangan di negeri itu semakin menurun.


Tags / Kata Kunci: Syabas , Air

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan