Gaza: Masyarakat Antarabangsa Perlu Main Peranan Lebih Berani

Diterbitkan: Ahad, 3 Ogos 2014 6:50 PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa supaya memainkan peranan yang lebih berani bagi melindungi dan mempertahankan hak rakyat Palestin dan menamatkan pertumpahan darah di Gaza.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sehubungan itu, Malaysia mahu negara-negara anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersau (UNSC) untuk bersatu dan bertindak tegas bagi menamatkan segera pencerobohan terang-terangan tentera Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

"Masyarakat antarabangsa juga termasuk negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pergerakan Negara Berkecuali (NAM). 

"Malaysia juga menggesa Amerika Syarikat dan rakan sekutunya supaya segera menuntut Israel menghentikan kekejamannya ke atas rakyat Palestin di Gaza," katanya dalam satu kenyataan Ahad.

Adalah dilaporkan bahawa Kementerian Kesihatan Gaza berkata angka kematian meningkat 1,732 orang termasuk kanak-kanak, wanita dan lelaki yang berumur manakala 9,152 orang cedera semasa serangan tentera Israel ke atas penduduk Gaza sejak 8 Julai.

Muhyiddin berkata pembunuhan tanpa belas kasihan ke atas orang awam oleh tentera Israel adalah jelas tindakan keganasan dan jenayah perang yang boleh dihukum mengikut undang-undang antarabangsa.

"Dengan apa jua cara sekalipun, saya menggesa pelaku jenayah kejam ini dibawa ke muka pengadilan," katanya sambil mengutuk sekeras-kerasnya ke atas pasukan tentera Israel yang terus menerus melakukan pembunuhan kejam terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Muhyiddin berkata Malaysia telah menuntut agar Israel segera menghentikan segera pembunuhan kejam beramai-ramai dan perbuatan tidak berperikemanusiaan ke atas penduduk awam yang tidak bersenjata di Gaza, Palestin.
Tags / Kata Kunci: Gaza , UNSC

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan