Warga Asing Tak Guna Laluan Diwartakan Dikena Tindakan Tegas

Diterbitkan: Sabtu, 2 Ogos 2014 1:00 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Warga asing yang didapati cuba keluar dari Malaysia melalui laluan yang tidak diwartakan akan dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Imigresen.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen, Zahari Abdul Aziz berkata, ia merupakan kesalahan di bawah Seksyen 5(2) kerana masuk dan keluar dari Malaysia melalui jalan tidak dibenarkan atau jalan tidak diwartakan.

"Jika disabitkan kesalahan, mereka akan didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

"Sehubungan itu, saya menasihatkan semua pihak meskipun mereka yang mempunyai dokumen sah supaya menggunakan laluan yang diwartakan untuk keluar dan masuk dari Malaysia," katanya kepada mStar Online pada Jumaat.

Laporan mStar Online pada Jumaat mendedahkan bahawa laluan tikus bukan sahaja digunakan oleh pendatang asing tanpa izin (Pati) untuk pulang ke negara asal tetapi ia turut dikesan digunakan mereka yang mempunyai dokumen sah.

Menurut sumber Jabatan Imigresen, ia berkemungkinan disebabkan mentaliti segelintir  warga asing yang masih ditakuk lama atau dipengaruhi rakan senegara di kalangan Pati kerana tinggal lebih masa atau tidak mempunyai dokumen sah, dengan menjadikan laluan tikus sebagai pilihan mereka.

Difahamkan, warga asing yang didapati mempunyai dokumen perjalanan atau permit kerja yang sah menggunakan laluan tikus bagi mengiringi ahli keluarganya yang mahu pulang ke tanah air mereka.

"Ia sama ada ahli keluarganya melakukan kesalahan kerana tinggal lebih masa di Malaysia atau tidak mempunyai dokumen pengenalan yang sah," kata Zahari.

Tambahnya, warga asing yang 'terlepas' turut akan dikenakan tindakan sekiranya selepas itu mereka mahu masuk semula ke Malaysia.

"Mereka akan dikenakan tindakan notis penolakan masuk (NTL) yang tidak membenarkan mereka masuk Malaysia kerana sebelum ini menggunakan laluan yang tidak diwartakan untuk keluar dari negara ini," katanya.

Tindakan tinggal lebih masa di Malaysia adalah satu kesalahan di bawah seksyen 15(4) Akta Imigresen yang akan dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali, atau kompaun sehingga RM3,000.

Bagi kesalahan tinggal dan berada di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah di bawah seksyen 6(3) Akta Imigresen, mereka akan dikenakan denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali, boleh dikenakan tidak lebih enam kali sebatan.

Bagaimanapun, Pati yang menyerah diri secara sukarela di pejabat-pejabat Imigresen untuk pulang ke negara asal kini hanya perlu membayar RM400 untuk kompaun dan pas khas RM100.

Program serahan diri yang berkuatkuasa pada 21 Julai lalu merupakan satu lagi inisiatif kerajaan dalam menangani isu Pati di negara ini.
Tags / Kata Kunci: warga asing , Akta Imigresen

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan