Umno Terengganu Buat Rombakan Kecil Jawatan

Diterbitkan: Sabtu, 2 Ogos 2014 4:53 PM

Ahmad Razif Abdul Rahman.

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Umno Terengganu membuat rombakan kecil bagi jawatan setiausaha, bendahari dan ketua penerangan negeri.

Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Negeri, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata menerusi pelantikan baharu itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih, Muhammad Pehimi Yusof dilantik sebagai setiausaha menggantikan Datuk Tengku Putera Tengku Awang.


Bendahari Umno bahagian Kuala Terengganu, Mohd Nasir Yusof pula dilantik memegang jawatan bendahari menggantikan Nik Dir Nik Wan Ku sementara Datuk Abdul Rahman Bakar digantikan dengan Adun Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar sebagai ketua penerangan.

Ahmad Razif berkata Anggota Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Jailani Johari kekal sebagai timbalan pengerusi badan perhubungan.

Beliau berkata rombakan itu dipersetujui Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memperkukuh jentera pentadbiran Umno negeri.

Tags / Kata Kunci: Umno Terengganu , rombakan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan