Minta Bas, Teksi Dikecualikan Bayar Tol Di CIQ

Diterbitkan: Sabtu, 2 Ogos 2014 3:17 PM

Ribuan pekerja terpaksa berjalan kaki untuk menyeberang Tambak Johor sebelum menaiki bas di Woodlands.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Anggota Parlimen Johor Baharu Tan Sri Shahrir Abdul Samad mencadangkan agar perkhidmatan teksi dan bas dikecuali daripada membayar tol di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar di sini.

Beliau berkata ia bagi menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam untuk berulang-alik dari Johor Baharu ke Singapura selain mengurangkan kesesakan akibat kemasukan kenderaan persendirian dari kedua-dua arah Tambak Johor.

"Saya melihat pelaksanaan tol dan kadarnya bukan merupakan satu masalah, tetapi pengguna perlu diberi perkhidmatan dan penyelesaian alternatif yang perlu diteliti. Perlu diperkasa dari segi perkhidmatan pengangkutan awam," katanya.

Beliau diminta mengulas kekecohan yang berlaku di CIQ itu pada Jumaat yang dikatakan berpunca daripada pemandu bas kilang yang enggan membayar tol.

Beliau berkata fungsi CIQ perlu dilihat bukan sahaja sebagai pintu masuk ke negara ini tetapi sebagai terminal pengangkutan bersepadu.

Mengenai kekcohan tersebut, Shahrir berkata ia bersifat sementara yang membabitkan sebilangan kecil pihak yang tidak mempunyai asas untuk membantah kenaikan kadar tol.

Beliau berkata keadaan akan pulih dan dapat diterima apabila pemahaman mengenai pelaksanaan tol itu dilakukan selain kerajaan sendiri mencari jalan penyelesaian alternatif.

"Perkara ini telah lama diusulkan cuma ia dilaksanakan selepas pengumuman kerajaan untuk mengenakan caj permit kenderaan asing (VEP) baru-baru ini yang sedikit menimbulkan kurang faham," katanya sambil menambah semua agensi terlibat perlu berbincang bagi mencari penyelesaian bersepadu yang lebih munasabah.

Menurut beliau, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka turun padang dalam masa terdekat bagi mencari jalan penyelesaian berhubung perkara itu.

Kekecohan yang disebabkan sebilangan kecil pemandu bas menyebabkan banyak kenderaan lain terutama bas kilang tidak dapat meneruskan perjalanan ke Singapura untuk menghantar pekerja.

Ribuan pekerja terpaksa berjalan kaki untuk menyeberang Tambak Johor sebelum menaiki bas di Woodlands.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pada 26 Julai lalu mengumumkan kadar baharu tol arah masuk CIQ itu bagi kenderaan Kelas 1 hingga Kelas 5 yang masing-masing bernilai RM9.70, RM14.70, RM19.70, RM4.80 dan RM7.80, manakala bagi kadar arah keluar bernilai RM6.80, RM10.20, RM13.60, RM3.40 dan RM5.50.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan