Shahidan Minta Rakyat Elak Perbuatan Keruhkan Perpaduan Antara Kaum

Diterbitkan: Sabtu, 2 Ogos 2014 5:17 PM

Shahidan Kassim

Shahidan Kassim.

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Rakyat diminta bertenang dan menghentikan perbuatan yang boleh mendatangkan syak wasangka atau mengeruhkan perpaduan antara kaum supaya negara mampu menghadapi sebarang ancaman luar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata Malaysia yang diasaskan melalui perpaduan kaum hanya boleh bertahan sekiranya rakyat terus saling hormat menghormati.
 
"Kita telah melalui pengalaman pahit peristiwa 13 Mei dan sekarang dilanda dua tragedi membabitkan pesawat MAS (Malaysia Airlines). Rakyat harus berdiri teguh di belakang kerajaan dalam menghadapi tragedi ini.
 
"Negara kita akan berada dalam keadaan berbahaya jika perpaduan kaum tidak lagi dihormati," kata Shahidan kepada pemberita pada kenduri sempena Hari Raya di Dewan 1Malaysia di Simpang Empat, dekat sini, hari ini.

Katanya kerajaan berusaha membendung rakyat khususnya ahli politik supaya mengawal percakapan namun masih terdapat segelintir tidak menghiraukan nasihat dan cuba menimbulkan ketegangan antara kaum.

"Dalam isu perkauman yang mencetuskan pergaduhan, tiada menang dan kalah tetapi hanya kepuasan sementara malah merugikan semua pihak.
 
"Setiap kita wajib buktikan kesetiaan kepada negara ini tanpa berbelah bagi. Nikmat kesenangan yang dibina atas asas perpaduan tiada ada gantinya jika dirobohkan. Oleh itu jangan suburkan sifat kebencian antara kaum," kata Shahidan.

Menurutnya umat Islam diajar supaya mengukuhkan perpaduan untuk hidup dalam keadaan selamat danal-Quran juga menyeru kepada perpaduan.
Tags / Kata Kunci: perpaduan kaum

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan