Nazri Setuju Cadangan Larangan Tukang Masak Warga Asing Di P.Pinang

Diterbitkan: Sabtu, 2 Ogos 2014 2:47 PM

Nazri beramah mesra dengan pelancong semasa melawat Lebuh Armenian sempena Festival Goerge Town pada Sabtu.-fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyokong cadangan kerajaan Pulau Pinang melarang penjaja mengupah warga asing sebagai tukang masak dalam perniagaan gerai makanan di negeri itu.

"Kita melarang makanan di gerai-gerai utama di sini dimasak oleh warga asing yang tidak tahu rasa sebenar makanan tersebut.

"Orang ramai datang ke Pulau Pinang kerana makanan popularnya. Kita tidak boleh bergantung kepada penjenamaan sahaja, ia tidak akan sama," katanya.

Nazri berkata, penduduk tempatan harus berbangga dengan makanan di Pulau Pinang dan menggalakkan generasi muda untuk mendalami cara masakan 
makanan tersebut bagi mengekalkan standardnya.

Beliau turut memberi jaminan Kerajaan Persekutuan akan bekerjasama dengan kerajaan negeri tersebut untuk mempromosikan pelancongan di Pulau Mutiara.

"Pulau Mutiara adalah permata, mahkota pelancongan Malaysia seperti yang kita ketahui," kata Nazri selepas melawat Lebuh Armenian sempena Festival Goerge Town (GTF) di sini Sabtu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan