Kelab Putera Hantar Bekalan Ubatan Ke Mesir Terlebih Dahulu

Diterbitkan: Sabtu, 2 Ogos 2014 7:48 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Berdasarkan keadaan tidak menentu di Tebing Gaza ketika ini, Kelab Putera 1Malaysia akan menghantar bekalan ubat-ubatan untuk disimpan sementara waktu di kedutaan Malaysia di Mesir sementara menunggu kelulusan masuk ke kawasan bergolak itu.

Naib Presidennya Datuk Mohd Farid Hassan berkata situasi genting saban hari itu turut menjejaskan persiapan kelab berkenaan untuk ke kawasan bergolak tersebut bagi menghantar sendiri bekalan kepada penduduk Gaza.
 
"Bekalan itu akan dihantar dalam masa terdekat namun akan disimpan dahulu di Mesir sebelum rombongan kita mendapat tarikh sah dan kelulusan ke sana.
 
"Kita akan cuba menghantar bekalan keperluan lain seperti makanan dan pakaian selepas ini. Bekalan perubatan sangat diperlukan keadaan ketika ini," katanya kepada pemberita ketika hadir di perhimpunan aman 'Selamatkan Kanak-Kanak Gaza' di sini hari ini.

Menurutnya pasukan awal kelab itu merancang ke Gaza 6 Ogos ini sebelum disusuli pasukan kedua pada 12 Ogos, namun sehingga kini belum mendapat kata putus berikutan situasi tidak menentu di Gaza.

Dilapor sehingga kini rejim Israel telah membunuh hampir 2,000 penduduk Palestin dan mencederakan kira-kira 9,000 orang dengan alasan "mempertahankan diri" daripada serangan tentera Hamas.
Tags / Kata Kunci: Kelab Putera , Gaza

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan