Cetak 'Wang Kertas' : Kedutaan Australia di Indonesia Diarah Tutup Mulut

Diterbitkan: Sabtu, 2 Ogos 2014 11:54 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kedutaan Australia di Jakarta mengesahkan mereka telah menerima arahan agar tidak boleh menerbitkan sebarang maklumat mengenai skandal rasuah yang melibatkan beberapa tokoh politik terkenal Asia sepertimana yang telah didedahkan oleh Wikileaks.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis, Kedutaan Australia di Jakarta berkata kerajaan Australia telah 'menguatkuasakan arahan agar tidak menerbitkan sebarang maklumat mengenai mana-mana tokoh politik yang didakwa terlibat dengan rasuah tanpa mengira sama ada mereka telah didapati bersalah atau tidak'. 

"Kerajaan telah menguatkuasakan arahan tersebut sebelum ini dan ia merupakan langkah terbaik untuk melindungi tokoh politik daripada risiko yang tidak diketahui," menurut kenyatan itu. 

Pihak kedutaan juga berkata arahan tersebut merujuk kepada kes yang melibatkan nama beberapa tokoh politik terkenal. 

"Mendedahkan nama tokoh politik tertentu tidak bermakna mereka benar-benar bersalah. Kerajaan juga menegaskan bahawa Presiden Indonesia dan bekas presiden bukanlah subjek yang dimaksudkan dalam prosiding tersebut," katanya. 

Tambahnya, mana-mana pihak yang ingkar boleh dikenakan tindakan yang setimpal dan pihak polis akan bertanggungjawab dalam hal ini. 

AFP melaporkan bahawa arahan agar tidak mendedahkan tokoh politik yang terlibat dengan rasuah telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Victoria di Melbourne pada 19 Jun. Dan maklumat berkenaan kemudiannya telah didedahkan oleh, Wikileaks. 

Wikileaks dalam pendedahannya mendakwa seorang pemimpin Asia dan keluarganya didakwa merasuah beberapa pihak bagi memastikan mereka dapat mengekalkan kontrak untuk mencetak wang negara. Ia didakwa melibatkan sebuah bank utama di Australia.

Dakwaan tersebut turut mengaitkan penglibatan seorang bekas menteri kabinet daripada Malaysia. 

Australian Broadcasting Corporation berkara arahan tersebut dikeluarkan selepas Jabatan Luar menegaskan bahawa penerbitan isu seperti itu akan menjejaskan keselamatan nasional dan hubungan antarabangsa Australia dengan negara luar. 

Tags / Kata Kunci: Wikileaks , rasuah

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan