Aliran Trafik Perlahan di Lebuhraya Utara-Selatan

Diterbitkan: Sabtu, 2 Ogos 2014 11:04 PM

Keadaan di Plaza Tol Gombak masih lancar walaupun mulai sesak dengan kenderaan yang datang dari pantai timur ketika tinjauan di sini, malam ini. Tinjauan fotoBernama mendapati kenderaan mulai masuk ke ibu kota berikutan warganya yang mula pulang awal dari kampung halaman selepas bercuti panjang sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri sebelum mula bekerja tidak lama lagi. -Foto BERNAMA.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan menghala ibu negara dilapor perlahan pada sebelah malam ini berikutan orang ramai mulai pulang ke ibu kota selepas bercuti sempena hari raya.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Expressways Sdn Bhd ketika dihubungi Bernama berkata trafik perlahan bermula dari Seremban ke Nilai, Negeri Sembilan susulan pertambahan bilangan kenderaan di atas jalan.

Sementara itu jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pula berkata aliran trafik agak sesak di Plaza Tol Gombak dari arah pantai timur.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.
Tags / Kata Kunci: aliran trafik

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan