SPA Kenal Pasti Penipuan Soalan Peperiksaan Jawatan Penolong Penguasa Kastam - Berita Semasa | mStar

SPA Kenal Pasti Penipuan Soalan Peperiksaan Jawatan Penolong Penguasa Kastam

Diterbitkan: Jumaat, 1 Ogos 2014 7:40 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam berkata pihaknya telah mengenal pasti terdapatnya penipuan mengenai soalan bagi peperiksaan jawatan penolong penguasa kastam Gred W27 yang akan diadakan pada Selasa ini.

Beliau berkata pihaknya mengesan penipuan melalui e-mel timkerjakerajaan2008.

"Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan tidak terpedaya dengan penipuan tersebut, dan membuat urusan permohonan perjawatan atau peperiksaan dengan SPA secara terus," katanya.

Beliau berkata orang ramai yang ingin mendapatkan sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi SPA di talian 03-88856000 atau 03-88856028 atau 03-88856315 atau melayari laman web SPA di www.spa.gov.my.
Tags / Kata Kunci: soalan , SPA , penolong penguasa kastam
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan