Selangor Tidak Akan Laksana Catuan Air - MB Selangor

Diterbitkan: Jumaat, 1 Ogos 2014 7:55 PM

catuan
(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan Negeri Selangor buat masa ini tidak akan melaksanakan program catuan air secara berjadual bagi mengimbangi bekalan air di beberapa buah kawasan ekoran musim kering melampau ketika ini, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau juga menafikan dakwaan kononnya paras air di beberapa empangan di negeri ini masih di bawah paras minimum dan membimbangkan.


Katanya, kerajaan negeri  mempunyai beberapa opsyen bagi memastikan bekalan air mencukupi sehingga bulan November yang dijangka musim tengkujuh.

"Antaranya menggunakan air daripada kolam-kolam sedia ada.  Begitu juga hari ini dan dua hari yang lepas, kita telah mengadakan pembenihan awan dan
hasilnya kita telah mendapat hujan yang telah menambah lagi paras air di empangan dan kawasan lembah.

"Jadi kita tidak ingin buat catuan sebab kalau program penjagaan air mentah ini dapat dilakukan dan Insya-Allah dapat diteruskan sehingga bulan November,
perkara ini (bekalan air) tidak jadi masalah,” katanya kepada pemberita  di sini hari ini.

Terdahulu beliau dan barisan Exco menghadiri majlis menandatangani Perjanjian Dasar Induk berhubung pelaksanaan memorandum persefahaman antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Selangor berhubung penstrukturan semula industri bekalan air Selangor.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata Exco kerajaan negeri Dr Ahmad YunusHairi dipertanggungjawabkan untuk memaklumkan isu air termasuk paras air dan
bagaimana mengatasi isu bekalan air.

"Paras kritikal air (di empangan) adalah 30 peratus. Untuk maklumat rakyat Dr Yunus sendiri, setiap dua hari akan memberi tahu keadaan air dan bagaimana kita mengatasi perkara ini," katanya.

Baru-baru ini dilaporkan paras air di dua daripada lapan empangan di Selangor masih di bawah paras minimum 55 peratus walaupun pelan catuan bekalan air ditamatkan pada April lepas.

Menurut statistik laman web Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) www.iwrims.luas.gov.my  pada 31 Julai, paras air di dua empangan yang masih di bawah paras minimum ialah Sungai Selangor (33.46 peratus) dan Sungai Tinggi (47.39 peratus).

Pada Februari lepas kerajaan negeri Selangor melaksanakan program catuan air secara berjadual di seluruh negeri bagi mengimbangi bekalan air di beberapa
kawasan.

Tags / Kata Kunci: catuan air , Selangor , Abdul Khalid Ibrahim

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan