Kekalkan Khalid Sebagai Menteri Besar Selangor - Mah - Berita Semasa | mStar

Kekalkan Khalid Sebagai Menteri Besar Selangor - Mah

Diterbitkan: Jumaat, 1 Ogos 2014 1:17 PM

Mah Siew Keong.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim harus dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor kerana beliau amat mahir dengan masalah yang melanda negeri itu, kata Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong.

"Khalid adalah seorang yang berhemat dan lebih baik daripada alternatif lain untuk menerajui negeri itu.

"Tapi jika perebutan kuasa di Selangor semakin meruncing, pilihan raya segera harus diadakan agar rakyat dapat menentukan semula pemimpin di negeri itu," kata Mah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan perhimpunan tahunan Gerakan Kedah di sini, Jumaat.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan