Gerakan Cadang Pilihan Raya Negeri Selangor Diadakan Selesai Isu MB

Diterbitkan: Jumaat, 1 Ogos 2014 9:54 PM

Dr Mah Siew Keong.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Presiden parti Gerakan Datuk Mah Siew Keong hari ini mencadangkan supaya pilihan raya negeri Selangor diadakan sekiranya isu pertukaran Menteri Besar Selangor masih gagal menemui jalan penyelesaian.
 
"Buat masa sekarang, saya lihat negeri Selangor perlu membuat pilihan sama ada ingin terus mengekalkan Abdul Khalid menjadi menteri besar atau pun mengadakan pilihan raya negeri supaya rakyat dapat menentukan siapa yang layak memegang jawatan tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Perwakilan parti Gerakan Negeri Kedah di sini.

Katanya parti itu melihat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu kekal sebagai Menteri Besar Selangor bagi meneruskan usaha yang dibuat untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi penduduk Selangor.

Beliau berkata sejak kebelakangan ini Selangor banyak menghadapi masalah seperti bekalan air dan kes denggi, dan Abdul Khalid perlu diberi peluang meneruskan usaha mengatasi masalah-masalah tersebut.
 
"Saya risau isu pertukaran Menteri Besar Selangor ini akan menjejaskan rundingan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air di negeri itu dan tidak mahu pelaksanaan projek Empangan Langat 2 terganggu. 

"Masalah ini tidak perlu dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu kerana apa yang penting sekarang adalah untuk menyelesaikan masalah kekurangan air yang dihadapi penduduk Selangor," katanya.

Baru-baru ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat pada 20 Julai lepas telah menerima cadangan untuk menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu. 

Bagaimanapun cadangan itu tidak mendapat sokongan ramai pemimpin PAS dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyuarakan sokongan mereka kepada Abdul Khalid dengan berkata Khalid perlu terus menyandang jawatan Menteri Besar Selangor hingga berakhirnya penggal sekarang.

Sementara itu, Mah yang Menteri di Jabatan Perdana Menteri memuji pendekatan yang diambil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menangani tragedi malang pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine.
 
"Perdana Menteri mengambil langkah rasional bagi mengatasi masalah ini dan telah berjaya mencapai persetujuan untuk membawa keluar jenazah mangsa dari tempat kejadian sebelum boleh dibawa pulang," katanya.
Tags / Kata Kunci: Gerakan , Dr Mah Siew Keong

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan