Aliran Trafik Di Lebuhraya Plus Perlahan Tapi Terkawal

Diterbitkan: Jumaat, 1 Ogos 2014 11:06 PM

BERTAMBAH ... Kenderaan semakin memenuhi sekitar jalan raya ketika tinjauan sempena Hari Raya Aidilfitri yang masuk hari kelima di Lebuhraya Persekutuan pada Jumaat. Jalanraya sekitar ibu kota lengang sejak beberapa hari yang lalu kerana ramai warga kota pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidlifitri. -Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) menghala ke ibu negara bergerak perlahan namun terkawal pada 9 malam ini.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Sdn Bhd berkata aliran trafik perlahan di Juru menuju Bukit Tambun dan di laluan Tapah menuju Slim River.

Sementara itu jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Karak menuju pantai timur di kedua-dua arah dilaporkan bergerak lancar.

Maklumat terkini trafik boleh didapati menerusi talian bebas tol PLUSline 1800-88-0000 atau laman sesawang www.twitter.com/plustrafik dan talian penting LLM 1800-88-7752 atau www.twitter.com/LLMinfotrafik.

Tags / Kata Kunci: trafik perlahan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan