Aliran Trafik Perlahan Tengah Hari Khamis

Diterbitkan: Khamis, 31 Julai 2014 1:52 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa kawasan di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dilaporkan bergerak perlahan setakat 1 tengah hari Khamis.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Sdn Bhd berkata aliran trafik di Seberang Jaya ke Perai, Changkat Jering ke Kuala Kangsar dan Sungai Perak menuju ke Terowong Menora dilaporkan bergerak perlahan berikutan pertambahan bilangan kenderaan yang pulang ke ibu kota.

Kenderaan turut dilaporkan bergerak perlahan di laluan dari Gopeng ke Tapah di kawasan mendaki Gua Tempurung, Bidor ke Sungkai serta dari arah Sungai Buloh menuju ke Bukit Lanjan, katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Karak menuju ke pantai timur dilaporkan bergerak lancar.

Maklumat terkini trafik boleh didapati menerusi talian bebas tol PLUSline 1800-88-0000 atau laman sesawang www.twitter.com/plustrafik dan hotline Lembaga Lebuhraya Malaysia 1800-88-7752 atau www.twitter.com/LLMinfotrafik


iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan