WhatsApp Bocor: PKR Alih Isu MB Selangor - AJK PAS Pusat

Diterbitkan: Khamis, 31 Julai 2014 2:59 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Serangan bertubi-tubi sekutu pakatan pembangkang terhadap PAS berhubung mesej WhatsApp kumpulan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat disifatkan sebagai modal untuk mengalih tumpuan rakyat terhadap isu Menteri Besar Selangor.

AJK PAS Pusat, Dr Riduan Mohamad Nor yang kesal dengan perkembangan itu berkata, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki kini menjadi 'kambing hitam' pihak berkepentingan.

Lebih mengecewakan apabila isu berkenaan turut hangat dimainkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjadi rakan sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat.

"Hari ini beliau menjadi 'kambing hitam' media siber dan media perdana kerana 'pengkhianatan tangan' insan yang khianat.

"(Mohd Zuhdi) juga (menjadi mangsa) ketololan figura PKR untuk mengalih isu Menteri Besar selangor," katanya pada Khamis.

Beliau mengulas mengenai kenyataan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke yang menggesa supaya PAS mengambil tindakan sewajarnya Mohd Zuhdi.

Malah Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua turut memberi kata dua kepada Mohd Zuhdi supaya memohon maaf atau meninggalkan Pakatan Rakyat.

Sejak Isnin lalu, nama Mohd Zuhdi hangat diperkatakan selepas mencetuskan kontroversi apabila mesejnya dalam kumpulan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berhubung cadangan supaya PAS keluar daripada PR bocor dan menjadi viral di Internet.

Cadangan itu dilihat mempunyai kaitan dengan pendirian yang dinyatakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor tidak diganggu.

Ia jelas sekali bertentangan dengan 'Langkah Kajang' yang dirancang PKR bagi menggulingkan Abdul Khalid.

Baru-baru ini, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelantikan isterinya sendiri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon bagi menggantikan Abdul Khalid.

Pencalonan Dr Wan Azizah dibuat dengan alasan ia bakal menyelesaikan banyak perkara khususnya di Selangor.

Tags / Kata Kunci: PAS , PKR , Pakatan Rakyat , Mohd Zuhdi Marzuki

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan