MH17: Najib Tiba Di Netherlands, Bincang Penghantaran Mayat

Diterbitkan: Khamis, 31 Julai 2014 4:18 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan rakyat Malaysia yang menyambut ketibaan beliau di hotel penginapan sempena lawatan kerja beliau di Amsterdam pada Khamis.

(Ubah saiz teks)

AMSTERDAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Netherlands Khamis untuk melakukan lawatan kerja dua hari berkaitan nahas yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 di Ukraine.

Dalam lawatan padat ini, Najib dijadual mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya Mark Rutte, terutama berhubung usaha mempercepatkan urusan penghantaran pulang mayat rakyat Malaysia yang menjadi mangsa dalam tragedi itu.

Najib tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol pada 8 pagi (2 petang di Malaysia) dengan diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Delegasi Najib turut dianggotai Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya.

Perdana Menteri juga dijadual ke The Hague dan kemudian Hilversum sebagai sebahagian daripada rangka lawatannya. Hilversum adalah tempat proses pengecaman dan forensik dilakukan terhadap mayat mangsa tragedi udara itu.

Duta Besar Malaysia di Netherlands Datuk Dr Fauziah Mohamad Taib berkata pada Rabu bahawa atur cara pertama Najib ialah mengadakan perjumpaan dengan Rutte di The Hague sebelum berlepas ke Hilversum.

Pada malamnya pula, beliau dijadual menjadi hos satu majlis jamuan untuk meraikan rakyat Malaysia yang tinggal di Netherlands.

Penerbangan MH17 sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine, berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai.

Pesawat Boeing 777-200 itu, yang membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal - dipercayai ditembak jatuh, tetapi hingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.

Mayat mangsa diterbangkan dari Ukraine ke Netherlands. Rakyat Netherlands, yang berjumlah 193 orang, adalah penumpang paling ramai yang menaiki pesawat malang itu.


Tags / Kata Kunci: Netherlands , MH17 , MAS

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan