MH17: Najib Gesa Gencatan Senjata Di Lokasi Nahas

Diterbitkan: Khamis, 31 Julai 2014 6:42 PM

Najib (kanan) bersama rakan sejawatannya dari Belanda, Mark Rutte sebelum mengadakan mesyuarat tertutup dua hala sempena lawatan kerja beliau ke Amsterdam, Netherlands di The Hague pada Khamis. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

THE HAGUE: Malaysia mahu gencatan senjata dilaksanakan di sekitar lokasi nahas MH17 di Ukraine bagi membolehkan pasukan penyiasat antarabangsa mendapat akses ke kawasan itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau meminta semua pihak menghormati mereka yang kehilangan orang tersayang dalam tragedi itu dan memelihara integriti lokasi nahas.

"Kita minta supaya pertempuran dihentikan segera di dalam dan sekitar lokasi nahas MH17, bagi kedua-dua pihak Ukraine dan puak pemisah," katanya pada sidang media bersama Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte di Binnenhof pada Khamis.

Rutte berkata, Malaysia dan Belanda berkongsi tiga keutamaan iaitu membawa mangsa dan barang kepunyaan mereka pulang, menentukan punca nahas dan membawa mereka yang menyebabkan nahas itu ke muka pengadilan.

"Kita mengambil serius terhadap kemungkinan bahawa kita tidak akan dapat akses (ke lokasi nahas) pada hari-hari yang akan datang. 

"Tetapi anda diberi jaminan bahawa kita akan terus mencuba lagi dan lagi untuk sampai ke lokasi nahas supaya pakar-pakar boleh melakukan kerja-kerja mereka," katanya.

Tags / Kata Kunci: Mark Rutte , Najib Tun Razak , MH17

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan