Insiden Pesawat MAS Di Adelaide Bukan Isu Keselamatan

Diterbitkan: Khamis, 31 Julai 2014 4:23 PM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Pihak berkuasa penerbangan kebangsaan Australia menolak anggapan bahawa Malaysia Airlines (MAS) dilanda isu keselamatan berikutan satu kejadian yang melibatkan pesawatnya di Lapangan Terbang Adelaide awal minggu ini, demikian menurut laporan laman sesawang ninemsn.

Dalam kejadian itu, Penerbangan 136 MAS terpaksa berhenti sebelum berlepas ke udara apabila sebuah pesawat Tigerair dari Melbourne terpaksa menukar rancangannya untuk mendarat.

Air Services Australia (ASA) berkata tidak berlaku kejadian "hampir berlanggar" antara dua pesawat itu dan juruterbang Tigerair memohon penggunaan prosedur "go-around" standard kerana mengalami keadaan tidak stabil ketika ingin mendarat.

"Go-around merupakan langkah selamat dan sering diamalkan, yang menyaksikan sesebuah pesawat tidak meneruskan hasratnya untuk mendarat," kata kenyataan ASA.

"Sebagai tambahan dan untuk menjamin keselamatan operasi seterusnya di lapangan terbang itu, pengawal trafik udara meminta sebuah penerbangan antarabangsa tidak meneruskan perjalanannya untuk berlepas," katanya.

Pesawat MAS itu difahamkan bergerak ke tempat menunggu di luar landasan sebelum berlepas 30 minit kemudian.

Jurucakap Biro Keselamatan Pengangkutan Australia berkata siasatan tidak akan diadakan berhubung kejadian itu. 


Tags / Kata Kunci: MAS , Adelaide

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan