Ambil Langkah Pencegahan Penyakit EVD Sebelum Ke Afrika Barat

Diterbitkan: Khamis, 31 Julai 2014 9:34 PM

Noor Hisham Abdullah

Dr Noor Hisham Abdullah.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang ingin mengadakan lawatan ke Afrika Barat dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mencegah penyakit Virus Ebola (EVD), kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, EVD adalah penyakit serius dengan kadar kematian tinggi yang boleh menjangkiti manusia dan juga haiwan primat seperti monyet yang baru dikesan di tiga kawasan di Afrika Barat iaitu Sierra Leone, Liberia dan Guinea.

"Gejala awal yang dikesan dalam kalangan kes EVD adalah demam, sakit otot, sakit kepala, sakit kerongkong, kurang tenaga dan sangat lemah serta akan menunjukkan gejala muntah, cirit-birit, ruam, kegagalan buah pinggang dan hati.

"Terdapat juga kes yang menunjukkan gejala perdarahan dan ia merupakan penyakit berjangkit yang boleh mendatangkan maut," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

KKM menasihati orang ramai supaya mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan.

"Elakkan mendekati orang yang sakit termasuk kontak dengan cecair badan individu yang dijangkiti EVD dan melawat ke rumah atau fasiliti kesihatan yang terlibat wabak Ebola. 

"Pengendalian haiwan liar yang sakit atau mati juga harus dielakkan dan mereka yang pulang dari lawatan ke negara-negara yang terlibat, segera mendapatkan rawatan jika tidak sihat dan maklumkan mengenai sejarah perjalanan mereka kepada doktor yang merawat," kata Dr Noor Hisham.

Katanya, sehingga 25 Julai lepas, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan 1,201 kes EVD adalah dari Sierra Leone, Liberia dan Guinea di Afrika Barat membabitkan 672 kematian. 

Katanya di Malaysia, EVD adalah satu daripada penyakit yang perlu dinotifikasi di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (PCID) 1988.

"Walaupun tidak terdapat notifikasi mengenai kes EVD di Malaysia, namun KKM sentiasa memperkukuh pemantauan dan kesiapsiagaan menghadapi potensi sebarang kejadian jangkitan penyakit berjangkit.

"Ia termasuk memberi penekanan kepada anggota kesihatan di semua peringkat termasuk di pintu masuk antarabangsa negara untuk melakukan langkah-langkah pencegahan dan kawalan infeksi berkaitan EVD," katanya. 

Dr Noor Hisham berkata, pihaknya juga telah memaklumkan kepada anggotanya berkaitan pengurusan kes yang disyaki dijangkiti dengan menggunakan tatacara sebagaimana yang digariskan, meliputi proses pelaporan atau notifikasi melalui saluran yang telah dikenal pasti dengan kadar segera kepada pihak yang terlibat.

"Kami turut mengarahkan anggota mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan infeksi yang optimum di semua fasiliti kesihatan kerajaan termasuk terdapatnya kemudahan wad isolasi di hospital kerajaan.

"Mereka juga diarahkan untuk sentiasa memastikan stok simpanan alat perlindungan diri (PPE) di setiap negeri adalah mencukupi," katanya. 

Selain itu, semua fasiliti kesihatan diarahkan sentiasa melaksanakan pemantauan untuk penyakit berjangkit termasuk EVD dan untuk penghantaran notifikasi ke Pusat Kesediaan Krisis Dan Tindak Balas Nasional (CPRC).

Tags / Kata Kunci: Virus Ebola , EVD , Dr Noor Hisham Abdullah

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan