MH17: Najib Jumpa PM Belanda Khamis Ini

Diterbitkan: Rabu, 30 Julai 2014 7:52 PM

Najib Tun Razak.

(Ubah saiz teks)

AMSTERDAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual mengadakan perjumpaan dengan rakan sejawatannya dari Belanda, Mark Rutte di The Hague berhubung nahas MH17 apabila beliau tiba Khamis ini untuk melakukan lawatan kerja dua hari ke Netherlands. 

Najib dijadual tiba pada 8 pagi (2 petang di Malaysia) bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin. 

Duta Besar Malaysia di Netherlands, Datuk Dr Fauziah Mohamad Taib berkata tujuan utama lawatan Najib adalah untuk mendapatkan maklumat terkini tentang urusan pengecaman mangsa tragedi itu serta penghantaran pulang mayat mereka ke tanah air.

Beliau memberitahu wartawan Malaysia di sini bahawa Najib akan mengadakan perbincangan dengan Rutte mulai 11.15 pagi (5.15 petang di Malaysia), sebelum berlepas ke Hilversum, tempat di mana mayat mangsa melalui proses pengecaman dan forensik.

Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine, berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai.

Pesawat Boeing 777-200ER itu, yang membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal, dipercayai ditembak jatuh, tetapi hingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.

Mayat mangsa diterbangkan dari Ukraine ke Netherlands. Rakyat Netherlands, sebanyak 193 orang, merupakan jumlah penumpang paling ramai dalam penerbangan itu.

Fauziah berkata, Perdana Menteri juga akan menjadi hos majlis makan malam pada Khamis, sebelum mengadakan sidang media pada 8 pagi (2 petang di Malaysia) pada hari berikutnya.

Menurut beliau, ini adalah lawatan kerja pertama Najib ke Netherlands dan pemimpin Malaysia sebelum ini yang pernah melakukan lawatan ke Netherlands ialah bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, pada 2005, dan Tun Dr Mahathir Mohamad, pada 1986.

Fauziah berkata, Malaysia adalah rakan perdagangan dan pelaburan terbesar Netherlands dalam kalangan negara Asia Tenggara.

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , MH17 , Penerbangan Malaysia , MAS

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan