Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama Pada Tengah Hari

Diterbitkan: Selasa, 29 Julai 2014 2:37 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Trafik bergerak perlahan di beberapa lebuh raya utama menuju ke utara, pantai timur dan selatan pada sebelah tengah hari.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berkata bagi laluan arah utara, trafik perlahan sebelum Plaza Tol Juru dan di sepanjang satu kilometer sebelum Bukit Tambun.

"Trafik juga didapati perlahan dari Sungai Perak ke Kuala Kangsar," katanya ketika dihubungi Bernama.

Bagi laluan arah selatan, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik bergerak perlahan sebelum Plaza Tol Skudai dan dari Nilai ke Seremban.

"Trafik bergerak perlahan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menuju Plaza Tol Gombak," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini keadaan trafik menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan akaun Twitter www.twitter.com/plustrafik atau talian bebas tol LLM 1800-88-7752 dan akaun Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.
Tags / Kata Kunci: Trarik , Plus , LLM

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan