PAS Khianati Pakatan - Rafizi

Diterbitkan: Selasa, 29 Julai 2014 3:14 PM

Mohd Rafizi Ramli

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hanya dengan satu paparan skrin yang dibocorkan kepada umum, dua sekutu pakatan pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS kini berhadapan krisis dalaman yang semakin merumitkan.

Selain menuduh PAS mengkhianati perjuangan Pakatan Rakyat (PR), Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli turut menyifatkan parti yang memperjuangkan dasar Islam itu masih mengamalkan politik perkauman yang sempit.

Tegas Rafizi, berdasarkan paparan skrin perbincangan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang kini menjadi viral di dalam sosial, parti itu jelas bercanggah dengan lima prinsip dan dasar yang dipersetujui bersama antara PKR-PAS-DAP dalam PR.

"Pandangan, cadangan dan pertimbangan Dr Zuhdi ini melanggar pelbagai dasar, ketetapan dan perjanjian yang dibuat oleh PAS – baik secara dalaman atau dengan rakan-rakan politik dan NGO lain.

"Perbezaan pendapat memang dibenarkan di dalam mana-mana organisasi. Namun, pendapat dan sentimen yang dizahirkan oleh Dr Zuhdi memberi gambaran bahawa masih ada unsur khianat kepada prinsip Pakatan Rakyat di dalam pucuk pimpinan PAS walaupun PAS mendapat laba besar dari kebersamaan di dalam Pakatan Rakyat," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Kenyataan keras Rafizi itu dibuat selepas tersebarnya paparan skrin aplikasi WhatsApp perbincangan AJK PAS Pusat mengenai strategi parti itu berhubung isu Menteri Besar Selangor.

Menerusinya, seorang AJK PAS Pusat yang juga Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki dilihat mengemukakan pandangan dan saranan jika PAS mahu keluar daripada PR.

Selain mengutarakan cadangan supaya PAS menjalin kerjasama dengan Umno, Mohd Zuhdi turut menyentuh mengenai isu perkauman agar kuasa politik kembali dikuasi orang Melayu.

Mengulas lanjut Rafizi turut menuntut penjelasan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama ada terdapat lebih ramai kepimpinan tertinggi PAS yang mengamalkan politik perkauaman dan anti demokrasi.

"Berapa ramai lagi dari kalangan pimpinan pusat PAS yang berpandangan perkauman dan anti demokrasi seperti ini supaya kita tahu pendirian mereka, bukannya bermuka-muka di depan dan mengutarakan cadangan yang khianat kepada Pakatan Rakyat dalam perbincangan tertutup seperti Dr Zuhdi?.

"Selain itu, apakah tindakan disiplin terhadap Dr Zuhdi yang akan diambil oleh PAS apabila mengutarakan cadangan yang khianat ini?" soalnya.
Tags / Kata Kunci: PAS , PKR , Pakatan Rakyat

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan