Ibu Kota Jadi Tumpuan Semarak Aidilfitri

Diterbitkan: Selasa, 29 Julai 2014 10:00 AM

Seorang pengunjung tidak melepaskan peluang untuk bergambar berlatarbelakang Menara Berkembar Petronas (KLCC) ketika tinjauan fotoBernama di sekitar perkarangan KLCC di sini, Selasa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cuti umum Aidilfitri terus digunakan sebaiknya dengan warga kota dilihat mengambil pendekatan berbeza untuk mengeratkan silaturahim dengan bersiar-siar, membeli belah dan makan bersama di sekitar ibu kota.


Tinjauan Bernama pada hari kedua Aidilfitri mendapati suasana di beberapa kawasan di ibu kota mula sibuk apabila pusat beli-belah utama seperti KLCC, Times Square, Pavilion dan Sogo beroperasi seperti biasa dan dibanjiri orang ramai.

"Semalam (satu Syawal) Sogo beroperasi pada pukul satu tengah hari, suasana agak lengang dan kebanyakan pengunjung adalah warga asing.

"Namun hari ini pusat beli belah dibuka seperti biasa pada pukul 10 pagi dan dikunjungi masyarakat berbilang kaum," kata Muhammad Andiki Afrizal, 21, pekerja pusat beli belah Sogo, kepada Bernama, di sini.

Bagaimanapun, kawasan tumpuan utama masyarakat dan pelancong di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman agak lengang kerana masih banyak pusat perniagaan ditutup.

Di KLCC pula orang ramai dilihat mengambil kesempatan merakam gambar kenangan bersama keluarga di kawasan taman yang terdapat air pancut.

Suri rumah, Rohana Zain, 42, berkata beliau dan keluarga beraya di rumah saudaranya di Kuala Lumpur tahun ini dan mengambil kesempatan cuti umum untuk bersiar-siar sekitar ibu kota.

"Selalunya kami tak ada masa untuk datang ke Kuala Lumpur (KL) memandangkan suami bekerja dan anak bersekolah, jadi kesempatan raya di KL tahun ini kami ambil peluang jalan-jalan," katanya yang berasal dari Kelantan.

Bagi pembantu kedai, Susianti Widoyo, 40, pula Malaysia seperti rumahnya apabila beliau bersama suami dan tiga anaknya menetap di negara ini sejak enam tahun lalu.

Sambil mengakui Aidilfitri di Kuala Lumpur tetap meriah walaupun kebanyakan warga kota pulang ke kampung untuk beraya, Susianti mengambil kesempatan itu untuk bersiar-siar bersama keluarga dan bergambar di menara kembar Petronas yang menjadi kegemaran anak-anaknya.

Suasana di kawasan Bukit Bintang pula kelihatan agak sibuk dan menjadi antara kawasan yang paling mencuri tumpuan kerana banyak pusat perniagaan dan restoran makanan segera beroperasi seperti biasa.

"Di sini (Bukit Bintang) semua ada, banyak kedai buka, kalau nak 'shopping' senang, lagi pula cuti umum, trafik kurang, tiada kesesakan jalan raya, senanglah," kata seorang pelajar dari Subang Jaya, Susan Lee, 18.

Sementara itu, pelancong dari Australia yang mahu dikenali sebagai Louise berkata, beliau datang ke Malaysia untuk melawat rakannya dari Melaka dan mengambil peluang untuk berhari raya bersama.

"Saya benar-benar menikmati perayaan ini kerana saya juga dapat mengeali budaya rakyat Malaysia dan keunikan makanannya. Saya juga ambil kesempatan makan sate, kuah kacang dan rendang ayam", kata pelajar jurusan ekonomi itu.


Tags / Kata Kunci: cuti umum , Aidilfitri , ibu kota

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan