Isu MB: Abdul Hadi Gopoh

Diterbitkan: Selasa, 29 Julai 2014 12:58 PM

Muhammad Muhammad Taib

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas hanya setahun menyertai PAS, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib secara terbuka menyalahkan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor.

Tegas Muhammad, Abdul Hadi tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan mendahului Jawatankuasa PAS Pusat dengan menyatakan sokongan supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar.

"Kenyataan Presiden PAS telah menimbulkan suasana tegang. Sepatutnya hal ini akan dibincangkan dahulu pada pada 10 Ogos akan datang.

"Selepas itu barulah keputusan PAS dimaklumkan secara rasmi," katanya pada Selasa.

Muhammad menyertai PAS pada April 2013.

Beliau berkata demikian menerusi surat terbuka yang dikirimkan kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan tajuk 'Mengapa Menteri Besar Selangor Perlu Ditukar'.

Baru-baru ini Nik Abdul Aziz yang turut menyokong Abdul hadi mempersoalkan alasan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Sebelum itu, Dewan Ulama PAS Pusat turut menyatakan sokongan mahu supaya Abdul Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor selaras dengan pendirian yang dinyatakan Abdul Hadi.

Selain itu,  menerusi surat terbuka itu juga, Muhammad yang juga bekas Naib Presiden Umno menyatakan bahawa Abdul Khalid sudah hilang kepercayaan daripada ahli PAS, PKR dan DAP.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan