MH17: Selaraskan Operasi Elak Hilang Maklumat - ICRC

Diterbitkan: Isnin, 28 Julai 2014 7:35 AM

(Ubah saiz teks)

DONETSK: Usaha mencari maklumat di lokasi nahas MH17 secara tidak selaras hanya akan menyebabkan kegagalan, demikian amaran oleh  Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).

Timbalan Ketua Jabatan Forensik ICRC, Oran Finegan yang berpengkalan di Switzerland, berkata maklumat penting mengenai bencana itu boleh hilang jika operasi pemulihan tapak tidak dijalankan dengan cara yang terselaras.

"Ia sudah tentu boleh menyebabkan masalah. Kekurangan penyelarasan pada masa lalu dalam situasi lain yang serupa boleh menyebabkan maklumat penting hilang.

"Saya tidak tahu mengapa ada tidak diselaraskan dalam kerja-kerja mengambil badan manga," katanya dalam satu temu bual di sini.

ICRC mengambil berat tentang hakikat bahawa masih terdapat serpihan badan manusia dan barangan peribadi di lokasi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 terhempas.

Sejak insiden itu berlaku pada 17 Julai, beberapa penyiasat dari empat negara melakukan lawatan ke tapak, namun berada lokasi terbabit hanya untuk tempoh masa tertentu.

Finegan juga berkata, adalah penting supaya mayat manusia dan barang-barang peribadi dicari dikenal pasti dengan segera oleh pasukan profesional Pengenalpastian Mangsa Bencana.

Sebelum ini dilaporkan bahawa 282 mayat telah dikumpul, namun angka ini kini berkurangan kepada lebih kurang 200 mangsa.
Tags / Kata Kunci: MAS , MH17

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan