Insiden Tembak MH17 Mungkin Sama Seperti Lakukan Jenayah Perang - PBB

Diterbitkan: Isnin, 28 Julai 2014 8:27 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Insiden penembakan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 'mungkin boleh disamakan dengan jenayah perang', kata Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Asasi Manusia, Navi Pillay.

Agence France-Presse (AFP) memetik Pillay sebagai berkata, PBB mengutuk "penembakan dasyat" pesawat penumpang Malaysia di wilayah yang dikuasai pemberontak yang mengorbankan kesemua 298 orang yang berada dalam pesawat dan mendesak penyiasatan "yang menyeluruh, berkesan, bebas dan tidak berat sebelah" dijalankan.

"Pencabulan undang-undang antarabangsa ini, dalam keadaan sekarang, mungkin boleh disamakan dengan jenayah perang.

Setiap usaha akan dilakukan untuk memastikan sesiapa yang melakukan pencabulan serius undang-undang antarabangsa termasuk jenayah perang akan di bawa ke muka pengadilan, tidak kira siapa mereka," kata Pillay dalam satu kenyataan.

Pesawat MH17 terhempas di timur Ukraine yang menghadapi pergolakan, 17 Julai lepas semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur bersama 298 orang - 283 penumpang dan 15 krew. Pesawat itu dipercayai telah ditembak jatuh.

Menurut AFP, Palang Merah secara rasmi menyatakan pada minggu lepas bahawa Ukraine kini berada dalam kancah perang saudara dan pengelasan ini bermakna pihak-pihak yang terlibat dalam konflik boleh didakwa kerana melakukan jenayah perang.

Tags / Kata Kunci: MAS , MH17 , PBB , Penerbangan Malaysia

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan