Trafik Ke Utara Perlahan, Pantai Timur Lancar

Diterbitkan: Ahad, 27 Julai 2014 11:27 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keadaan trafik dilapor bergerak perlahan di beberapa kawasan di Lebuhraya Utara-Selatan arah utara pagi ini.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressway berkata trafik bergerak perlahan di Slim River ke Tapah dan kawasan mendaki di Gua Tempurung.

"Trafik juga sesak dari Jelapang menuju ke hentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Menurutnya trafik bergerak lancar ke arah selatan tanah air pagi ini, termasuk dari Nilai menuju Seremban.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik di Lebuhraya Karak menuju ke pantai timur juga lancar pagi ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan