Rakam Selfie Raya, Menangi Produk Jakel Bernilai RM7,500

Diterbitkan: Ahad, 27 Julai 2014 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERITA gembira untuk penggemar selfie, anda boleh merakamkan detik indah pada Syawal sambil memenangi hadiah istimewa tajaan Jakel Trading menerusi peraduan Selfie Raya bersama mStar Online bermula Isnin ini.

Anda hanya perlu memuat naik selfie secara invidu atau berkumpulan bertemakan suasana kemeriahan Aidilfitri ke dalam laman sosial Instagram disertakan dengan hastag #mstarselfieraya.

Inginkan peluang cerah untuk menang, isikan ruangan diskripsi dengan kapsyen menerangkan suasana indah yang dirakamkan itu.

Kapsyen haruslah ditulis dalam Bahasa Malaysia dan tidak melebihi 225 karaker.

Bagi anda yang tidak mempunyai akaun Instagram, jangan risau kerana anda boleh menghantar gambar Selfie tersebut dengan memuat naik terus dari komputer atau alat peranti mudah alih anda.

Jadi apa tunggu lagi, maklumkan kepada keluarga dan rakan-rakan dan kongsikan gambar selfie anda bermula pada Hari Raya pertama sehingga 17 Ogos depan.

Semua penyertaan yang diterima di luar tempoh yang ditetapkan seperti di atas akan dibatalkan secara otomatik.

Penyertaan pemenang akan dipilih berdasarkan 60% undian pengundi manakala 40 % undian pihak mStar.

Keputusan undian adalah muktamad dan sebarang bantahan atau pertanyaan tidak akan dilayan.

Sebanyak 15 penyertaan yang mendapat undian tertinggi layak memperoleh produk tajaan syarikat fabrik terkemuka negara yang keseluruhannya berjumlah RM7,500.

Tags / Kata Kunci: selfie raya , mStar

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan