Malaysia Capai Persetujuan Benarkan Pasukan Polis Masuk Lokasi Nahas MH17

Diterbitkan: Ahad, 27 Julai 2014 5:54 PM

Lokasi nahas pesawat MH17 di timur Ukraine. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Malaysia telah mendapat persetujuan dengan kumpulan pemisah Ukraine yang mengawal sekitar lokasi nahas Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, bagi membolehkan pasukan polis antarabangsa memasuki kawasan itu untuk memberi perlindungan kepada penyiasat kemalangan antarabangsa. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, selaras dengan perjanjian sebelum ini bersama pemimpin kumpulan pemisah, Alexander Borodai pada Ahad bersetuju untuk membenarkan pasukan anggota polis antarabangsa memasuki ke lokasi nahas MH17.

Najib pada Ahad bercakap dengan Perdana Menteri Belanda dan Australia, dan ketiga-tiga negara yang masih bersedih berikutan nahas yang berlaku, telah bersetuju untuk bekerjasama dalam menggerakkan pasukan polis.

Seramai 68 anggota polis Malaysia akan bertolak dari Kuala Lumpur untuk ke lokasi kemalangan pada hari Rabu sebagai sebahagian daripada pasukan antarabangsa di lokasi nahas.

Di bawah perjanjian tiga perkara yang dipersetujui antara Najib dan Borodai pada minggu lalu, puak pemisah Ukraine bersetuju untuk menyerahkan kotak hitam milik pesawat MH17 kepada Malaysia, menyerahkan mayat mangsa nahas kepada pihak antarabangsa dan memberikan akses sepenuhnya ke lokasi nahas. 

Setakat ini, penyiasat kemalangan udara antarabangsa tidak dapat bertugas sepenuhnya di samping mengumpul bukti di lokasi nahas di timur Ukraine kerana masalah dari segi keselamatan, termasuk aktiviti ketenteraan yang masih berterusan.

Malaysia meminta supaya semua aktiviti ketenteraan di dalam dan sekitar lokasi nahas dihentikan segera.

Wakil Malaysia sedang berunding mengenai butiran untuk menggerakakkan anggota polis bersama Belanda dan Australia.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman telah bercakap dengan rakan sejawatnya di negara-negara itu dan wakil kerajaan Ukraine mengenai rangka kerja diplomatik dan perundangan bagi menggerakkan anggota polis itu.

Terdahulu, Najib berkata, beliau amat bimbang dengan penyiasat antarabangsa yang tidak dapat bertugas sepenuhnya ke lokasi nahas kerana keadaan keselamatan yang tidak menentu.

Jelasnya, adalah penting bagi penyiasatan bebas dan sewajarnya dapat dilakukan bagi memastikan bahawa semua mayat dikeluarkan dari lokasi nahas, dikenal pasti dan dihantar pulang.

Tambahnya, Malaysia turut bimbang kemungkinan ada lagi mayat mangsa di kawasan nahas.

"Kita juga memerlukan penggunaan penuh penyiasat untuk mempunyai akses penuh ke lokasi nahas supaya kita boleh memahami dengan tepat apa yang berlaku terhadap pesawat MH17. Saya berharap bahawa perjanjian bersama Borodai akan memastikan keselamatan di lokasi, maka penyiasat antarabangsa boleh menjalankan tugas mereka. 

"Tiga-tiga negara yang sedang berduka ini membentuk satu gabungan untuk menjamin lokasi nahas ini. Menerusi gabungan anggota polis Belanda, Australia dan Malaysia, kita akan bekerjasama untuk mendapatkan keadilan buat mangsa-mangsa nahas," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan