MH17: Identiti Mangsa Pertama Dikenal Pasti - Belanda

Diterbitkan: Ahad, 27 Julai 2014 9:33 AM

Anggota tentera mengusung salah satu mayat mangsa pesawat MH17.

(Ubah saiz teks)

THE HAGUE: Pakar Forensik telah mengenal pasti identiti mangsa pertama daripada 298 orang yang terbunuh dalam nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, demikian menurut kenyataan kerajaan Belanda.

"Hari ini mangsa pertama penerbangan MH17 telah dikenal pasti.

"Mangsa adalah seorang warganegara Belanda dan keluarga mangsa serta Datuk Bandar di mana mereka tinggal sudah dimaklumkan," kata Kementerian Kehakiman dalam kenyataan pada Sabtu.

Kementerian itu bagaimanapun tidak mendedahkan identiti mangsa.

Belanda bertanggungjawab untuk mengenal pasti identiti semua mangsa - 193 daripada mereka adalah rakyat Belanda.

"Pasukan yang dianggotai 200 orang pakar itu kini sedang sibuk dengan proses mengenal pasti mangsa, proses ini boleh memakan masa selama beberapa bulan," kata kenyataan itu.
Tags / Kata Kunci: MAS , MH17 , Belanda

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan