Apa Salah Khalid? - Nik Aziz

Diterbitkan: Ahad, 27 Julai 2014 9:10 AM

Nik Abdul Aziz menyokong kenyataan Abdul Hadi bahawa kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor tidak perlu digantikan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus menerima tekanan daripada sekutunya sendiri iaitu PAS mengenai hasrat menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Kali ini tekanan itu muncul daripada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mempersoalkan motif utama komplot yang dirancang PKR di Selangor bagi menggantikan Abdul Khalid dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Saya sebagaimana banyak pihak di negara ini turut tertanya-tanya, atas silap dan salah manakah Tan Sri Khalid ingin digugurkan dari jawatan Menteri Besar?

"Setelah satu penggal beliau memimpin dengan cemerlang sehingga di dalam pilihanraya umum yang lepas, prestasi Pakatan Rakyat di Selangor semakin meningkat dan beliau dikekalkan di atas kerusi Menteri Besar, tiba-tiba hari ini beliau ingin digugurkan," katanya.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan lewat malam Sabtu itu, Nik Abdul Aziz turut menegur PKR kerana gagal menyelesaikan isu dalamannya sendiri terutama berhubung masa depan Abdul Khalid.

"Barangkali beliau (Abdul Khalid) ada salah dan silap yang tidak dapat dinafikan, namun adakah ia sehingga menyebabkan beliau wajar digugurkan? Saya kira persoalan ini perlu diselesaikan terlebih dahulu di meja rundingan Pakatan Rakyat, barulah kita bercakap soal pengganti.

"Jika tangga pertama pun masih belum dipijak, janganlah pula tergesa-gesa melangkah ke tangga kedua, bimbang nanti kepala tersadung lantai," katanya.

Selain itu, pemimpin veteran PAS itu turut menegur ahli dan pemimpin partinya sendiri yang mempertikaikan pendirian Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan sokongan terhadap Abdul Khalid supaya kekal sebagai Menteri Besar.

Tegasnya, ahli PAS perlu taat kepada pemimpin dan perlu mengelak daripada mengeluarkan kenyataan yang membelakangi Abdul Hadi.

"PAS ini ada nakhodanya iaitu Tuan Guru Presiden. Saya penuh yakin beliau mendapat maklumat yang cukup sebelum mengeluarkan kenyataan.

"Cukuplah untuk saya menyatakan bahawa, buat masa ini, ahli PAS hendaklah meletakkan keutamaan ketaatan kepada apa yang telah dinyatakan oleh Tuan Guru Presiden.

"Benar, nakhoda barangkali tersalah, tetapi jika anak kapal pula beramai-ramai ingin menjadi nakhoda, barang tentu bahtera tidak akan belayar dengan baik," katanya.

Sebelum ini Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Penerangannya, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan pendirian yang dinyatakan Abdul Hadi berhubung kedudukan Abdul Khalid adalah pendirian peribadi beliau.

Kedua-dua pemimpin berkenaan menegaskan PAS hanya akan mengumumkan pendirian rasmi mereka berhubung cadangan supaya Dr Wan Azizah menggantikan Abdul Khalid selepas sambutan Aidilfitri.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan