Tiada Aduan Kekurangan Bekalan Keperluan Raya Diterima

Diterbitkan: Sabtu, 26 Julai 2014 1:29 PM

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak menerima sebarang laporan atau aduan mengenai kekurangan bekalan barangan keperluan sepanjang bulan Ramadan dan menjelang Aidilfitri tahun ini.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata melalui pemantauan yang dilakukan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) di semua premis perniagaan seluruh negara mendapati keadaan adalah terkawal setakat ini.

Beliau berkata kementerian telah membuat perancangan rapi dan lebih awal bagi mengelak daripada berdepan sebarang masalah dalam memenuhi permintaan bekalan seperti beras, ikan, ayam, daging dan sayur-sayuran. 

"Kita sentiasa pantau bekalan dan tahun ini kita bersedia lebih awal misalnya sempena puasa dan raya ini kita tambah 10,000 ekor lagi jumlah import lembu dan itu tidak termasuk lembu dari dalam negara.

"Ayam pula walaupun di negara kita mencukupi, kita buka juga kepada pengimport kalau tidak cukup kita akan bawa dari luar," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pasar Tani Khas Aidilfitri di sini, Sabtu.

Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian Datuk Mohd Arif Abdul Rahman dan Pengerusi Fama Tan Sri Badruddin Amiruldin.

Program jualan khas anjuran Fama itu membabitkan 547 pasar tani seluruh negara dan diadakan bagi memudahkan orang ramai mendapatkan bekalan bahan mentah dan produk siap seperti lemang, rendang dan kuih-muih sebagai persediaan menyambut Aidilfitri.

Beroperasi selama empat hari bermula Khamis, pasar itu menawarkan barangan pada harga lima hingga 20 peratus lebih rendah berbanding pasaran serta melibatkan 32 barangan termasuk sayur-sayuran, buah-buahan, ayam proses, ikan laut dan ikan air tawar di bawah program Jimat Belanja Dapur.

Pada majlis sama Ismail Sabri turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 110 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Baitul Hidayah, Puchong dan Rumah Anak Yatim dan Asnaf Solihin, Banting.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan