Perkeso Jamin Waris Penumpang MH17 Dapat Faedah Gaji Bulanan

Diterbitkan: Sabtu, 26 Julai 2014 9:07 PM

(Ubah saiz teks)

MARAN: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) memberi jaminan waris 15 kru Pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17 yang terkorban ketika bertugas akan mendapat faedah gaji bulanan di bawah Skim Bencana Pekerjaan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata bayaran itu akan dilakukan sebaik sahaja segala urusan dokumentasi, yang sedang dilakukan, selesai.

Bagaimanapun, ia tertakluk pada jumlah gaji akhir mangsa.

Beliau berkata di bawah skim itu, jika mangsa memperoleh gaji bulanan RM3,000 dan ke atas mereka layak mendapat bayaran sehingga RM2,750 dan jika gaji di bawah RM3,000 kadar harian minimum adalah RM30 sehari.

"Kementerian akan memastikan urusan pembayaran faedah kepada waris dapat dilaksanakan dengan cekap dan efisien sebagai tanda simpati kita terhadap waris," katanya.

Ismail, yang juga Anggota Parlimen Maran, berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuih raya kepada perantau yang pulang ke kampung di Tol Maran pada Sabtu.

Program anjuran Majlis Belia Daerah Maran itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Multimedia dan Komunikasi Datuk Shahaniza Shamsuddin serta Pengerusi Majlis Belia Daerah Maran Khairul Amin Osman.

Ismail juga berkata Perkeso mentadbir skim keselamatan sosial yang memberi perlindungan kepada pekerja dalam beberapa kejadian luar jangka seperti bencana pekerjaan, termasuk kemalangan semasa perjalanan, keilatan dan kematian.

Beliau berkata pesawat MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, adalah dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis lepas.

Katanya, objektif skim keselamatan sosial adalah untuk menjamin pembayaran faedah kepada pekerja dan tanggungannya apabila berlaku sesuatu kejadian di luar jangka kepada pekerja terbabit.
Tags / Kata Kunci: Perkeso , MAS , MH17

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan