Mayat Warga Malaysia Nahas MH17 Dijangka Tiba Bulan Depan

Diterbitkan: Sabtu, 26 Julai 2014 3:20 PM

Mohd Sakri Hussain

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Mayat warganegara Malaysia yang terkorban dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Ukraine, Khamis lepas dijangka tiba di negara ini seawal-awalnya dua atau tiga minggu lagi.

Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Lt Kol Mohd Sakri Hussain berkata, ini kerana terdapat mayat berada dalam keadaan tidak sempurna.

"Saya kira dua tiga minggu lagi baru kita boleh terima jenazah kembali," katanya ketika ditemui pemberita selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dari Kiev, Ukraine, di sini Sabtu.

Mohd Sakri merupakan antara 65 anggota pasukan Malaysia yang kembali ke tanah air daripada jumlah keseluruhan 116 orang yang dihantar ke Ukraine pada 18 Julai lepas bagi membantu siasatan terhadap nahas itu.

Penerbangan MH17 membawa 298 orang sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas di Donetsk, Timur Ukraine Khamis lepas.

Pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh tetapi setakat ini tidak ada pihak tampil mengaku bertanggungjawab.

Semasa menjawab satu soalan sekiranya ada mayat yang sempurna dan boleh dihantar pulang terlebih dahulu, Mohd Sakri berkata, setakat ini pasukannya mendapati tidak ada satu pun mayat yang berada dalam keadaan sempurna.

"Setakat ini tidak ada mayat yang sempurna...Harus diingat kemalangan (itu) berlaku pada aras 35,000 kaki," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, sejumlah 12 anggota penyiasat Malaysia masih berada di Kharkiv, Ukraine bagi membantu proses penyiasatan dan menguruskan baki mayat.

"Anggota Pasukan Perubatan Forensik Malaysia masih ada seramai 12 orang di Kharkiv bagi membantu menjalankan satu lagi proses Mengenal Pasti Mangsa Bencana (DVI)," katanya.

Diminta mengulas pengalaman beliau ketika berurusan dengan ketua pemisah Alexander Borodai, Mohd Sakri berkata, beliau bersyukur kerana pasukan Malaysia mendapat kerjasama yang cukup baik daripada kumpulan itu.

Beliau berkata, rundingan itu berjalan dengan amat baik sehinggakan kumpulan pemisah itu sanggup menerima tanpa syarat permintaan Malaysia iaitu mendapatkan kembali kotak hitam MH17, mengeluarkan kembali mayat anak kapal dan penumpang, serta akses penuh kepada lokasi kejadian.

"Memang saya (ada) bercakap dan berunding dengannya (Borodai), dan saya meminta mayat bersama dengan harta mereka diberikan kepada kita, yang kedua, kotak hitam diberi kepada kita sebab kita tuan punya pesawat, dan ketiga dari segi siasatan ke tempat kejadian. Dan dia beri kebenaran kepada kita untuk akses kejadian.

"Dia kata ok, boleh beri kerjasama tanpa syarat, dan diberikan kepada kita malam itu juga. (Jadi) saya sampai petang, malam itu (juga) kita dapat dan keluarkan dari kawasan pergolakan," katanya.

Mohd Sakri turut memuji pendekatan yang diambil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu lebih mementingkan kaedah berdiplomasi bagi memastikan kepentingan negara dapat didahulukan.

"Pendekatan ini yang dibuat oleh Perdana Menteri, saya melihat ia lebih berkesan dari segi konteks, kefahaman, dan penerimaan. Jadi saya rasa beliau (Najib) berjaya memainkan peranan penting dalam isu ini," katanya.

Walaupun terdapat desakan pihak tertentu agar Malaysia lebih berkeras dalam hal ini, Mohd Sakri berkata, sekiranya itu berlaku, kemungkinan besar tidak akan berlaku sebarang rundingan pun yang boleh memihak kepada negara.

Tags / Kata Kunci: Mh17 , mayat mangsa

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan