Malaysia Mahu Anggotai Siasatan MH17 - Liow

Diterbitkan: Sabtu, 26 Julai 2014 5:12 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia sudah memaklumkan kepada kerajaan Belanda untuk menganggotai semua jawatankuasa yang ditubuhkan bagi menyiasat segala aspek berhubung nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata penglibatan dalam jawatankuasa itu penting bagi memastikan segala maklumat terperinci berhubung nahas itu diperoleh.

"Penyiasatan bukan saja membabitkan punca kejadian tetapi juga jenayah yang dilakukan. Kita juga sudah maklumkan kepada pihak Belanda apa sahaja jawatankuasa yang diwujudkan, kita mahu menjadi sebahagian daripadanya," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Terdahulu, beliau antara menteri yang menyertai Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah yang mencemar duli menziarahi keluarga mangsa MH17 di hotel penginapan mereka.

Sementara itu, Liow berkata pihaknya akan sentiasa berhubung dengan Majlis Keselamatan Negara dan pakar patalogi di Belanda supaya mendapat maklumat mengenai sebarang perkembangan terbaharu MH17.

Katanya mayat atau jenazah mangsa nahas pesawat rakyat Malaysia juga dijangka akan dibawa pulang secara berperingkat jika proses mengenal pasti identiti mayat mengambil masa yang panjang.

"Ia bergantung kepada tempoh penyiasatan dan pengecaman yang dilakukan kerajaan Belanda. Jika masa pendek diperlukan, ia akan dibawa sekali gus. Jika mengambil masa lama, mungkin penghantaran akan dipecahkan kepada beberapa peringkat," kata beliau.

Ketika ditanya pengalaman di Ukraine, Liow berkata semua pihak berada dalam keadaan tertekan kerana fokus utama mereka adalah untuk mengeluarkan mayat mangsa supaya dapat diserahkan kepada keluarga.

"Ia satu perasaan yang amat mendesak bagi negara kita untuk mengeluarkan mayat dan membolehkan penyiasat kita masuk ke kawasan nahas. Ini dua cabaran yang besar dan memang saya ketika pertama sampai ke Ukraine memang keadaan tidak menentu," katanya.

Bagaimanapun bantuan pelbagai pihak termasuk berjumpa Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) akhirnya membuahkan hasil kerana membantu pasukan Malaysia untuk masuk dari sebelah Kiev ke Kharkiv sebelum ke Donestk.

"Pada masa sama kita ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berusaha melakukan rundingan untuk membolehkan pasukan kita masuk ke Donestk bagi membawa keluar mayat dan mengambil kotak hitam," katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada kerajaan Belanda kerana sentiasa memberi kerjasama dan sokongan.

Penerbangan MH17 yang dikendalikan oleh pesawat Boeing 777-200 bersama 298 penumpang dan anak kapal terhempas, dipercayai akibat ditembak, di Donetsk, timur Ukraine, Khamis lepas.

Pesawat itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Tags / Kata Kunci: MAS , MH17 , Liow Tiong Lai

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan